Remaja Perempuan Islam Sebagai Pembantu Rumah Di Malaysia -Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PNOMH PENH: Masalah pembantu rumah dalam keluarga Islam di Malaysia boleh diatasi jika remaja perempuan Islam Kemboja diberi peluang bekerja di negara berkenaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Kemboja berpotensi membekalkan pembantu rumah kerana kebanyakan remaja perempuannya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sesuai bekerja di Malaysia kerana mereka mengamalkan cara hidup sama.

Katanya Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan Yayasan Restu boleh membantu majikan di Malaysia mendapatkan tenaga kerja di sini.

"Saya akan berunding dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam masa terdekat supaya mengambil remaja perempuan Islam di Kemboja sebagai pembantu rumah keluarga Islam di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia selepas majlis penyampaian Bantuan Kemanusiaan di Kampung Cham di sini, Khamis.

Ahmad Zahid berkata langkah itu dapat mengurangkan masalah pergantungan kepada pembantu rumah dari Indonesia dan Filipina.

Katanya remaja yang bekerja dengan keluarga Islam di Malaysia boleh membantu meningkatkan ekonomi penduduk Islam di Kemboja.

Selain itu, katanya umat Islam Kemboja juga berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di Malaysia sebagai persediaan menjadi tenaga profesional di negara mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli teknokrat dan badan bukan kerajaan tampil menghulurkan bantuan kewangan membiayai pengajian mereka.

Beliau berkata pendekatan meningkatkan pendidikan adalah langkah jangka panjang yang boleh merubah kehidupan masyarakat Islam di Kemboja.

Beliau berharap bantuan itu dapat dilihat sebagai usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat Malaysia dan masyarakat dalam negara Asean. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan