KBS Tubuh Jawatankuasa Siasat Insiden Acara Drag

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden kemalangan semasa sesi ujian perlumbaan drag sempena sambutan Hari Belia Negara baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jawatankuasa itu akan turut dianggotai wakil Persatuan Permotoran Malaysia.

"Perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan Kabinet semalam jadi sehingga hasil siasatan dikeluarkan, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Terdahulu, beliau melawat untuk kali kedua tiga mangsa kejadian itu yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Dalam kejadian 27 Mei lepas, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara itu terbabas semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula. Ahmad Shabery berkata kementerian bersedia mengambil segala tanggungjawab walaupun banyak langkah keselamatan telah diambil termasuk penyediaan ambulans.

Ditanya mengenai pampasan yang akan diberikan, beliau berkata soal itu tidak timbul kerana tiada pihak bersalah dalam kejadian itu, bagaimanapun pihaknya serta penganjur perlumbaan akan membantu misalnya untuk kos perubatan serta kos lain yang berkaitan.

Sementara itu, katanya, mulai tahun depan Himpunan Jutaan Belia akan dijenamakan menjadi Festival Belia Putrajaya, bertujuan melonjakkan imej perhimpunan itu ke tahap baharu.

Berhubung teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai penganjuran konsert K-Pop yang disifatkannya sebagai kurang sopan, Ahmad Shabery berkata pihaknya menerima teguran itu dengan positif dan akan memperbaiki kelemahan di masa akan datang.

"Saya minta maaf sekiranya ada satu dua perkara dirasakan tidak sesuai, dan pada masa sama, saya hendak menjadikan himpunan itu satu festival yang merangkumi semua aspek, bukan sukan dan hiburan sahaja, tetapi modal insan dan pembangunan intelektual," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan