FGVH Lancar Prospektus IPO

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), operator kelapa sawit ketiga terbesar di dunia pada Khamis melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO).

Saham-saham syarikat dijangka disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Jun, 2012.

Prospektus itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi IPO itu, FGV akan menawarkan sehingga 2.19 bilion saham biasa kepada pelabur Malaysia dan institusi asing, termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, selain pelabur runcit.

Bahagian runcit IPO yang mengandungi 273.61 juta saham berharga kurang daripada RM4.55 dan 98 peratus harga tawaran institusi, yang mana lebih rendah.

Harga institusi akan diputuskan berdasarkan proses penetapan harga.

Presiden Kumpulan FGV Datuk Sabri Ahmad berkata penyenaraian itu merupakan kejayaan Felda dalam usahanya mentransformasikan syarikat daripada juara Malaysia kepada konglomerat serantau utama serta perniagaan multinasional.

"Sebahagian daripada proses IPO itu dijangka digunakan untuk perbelanjaan modal bagi meningkatkan kecekapan selain meluaskan keupayaan, pengambilalihan ladang, peluasan aktiviti hiliran dan keperluan modal kerja yang lain," katanya pada pelancaran prospektus itu.

Inisiatif strategik dalam meningkatkan kecekapan termasuk program penanaman semula kelapa sawit bagi meningkatkan profil usia kira-kira 15,000 hektar setahun menggunakan bahan penanam Felda yang pernah memenangi anugerah, bagi meningkatkan pengeluaran tandan buah segar serta memperbaiki kadar perahan minyak.

Keuntungan itu juga akan digunakan untuk pengambilalihan berpotensi bank tanah tambahan di Asia Tenggara dan Afrika untuk penanaman semula kelapa sawit dan getah menjelang 2015.

Sementara itu, Felda akan meluaskan aktiviti hilirannya bagi meningkatkan nilai produk huluan.

Ini termasuk pengambilalihan dan pelaburan seterusnya dalam aset penapisan, kemudahan pukal dan kilang pembungkusan pengguna. Pada masa yang sama FGV akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan dan penyelidikan huluan dan hiliran bagi mengekalkan kelestarian perniagaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd, Datuk Charon Wardini Mokhzani, berkata penyenaraian FGV merupakan IPO terbesar di Asia tahun ini, IPO terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook dan IPO terbesar di Malaysia selepas Petronas Chemical Group pada November 2010.

Beliau berkata 2.3 bilion saham yang mewakili 63 peratus modal saham syarikat yang diperbesar sebanyak 3.65 bilion saham ditawarkan: 1.3 bilion menerusi tawaran jualan oleh Felda dan 980 juta menerusi terbitan awam oleh syarikat.

Pelabur institusi ditawarkan 1.9 bilion saham atau 52.5 peratus daripada modal yang diperbesar, dengan :

*723.5 juta saham (19.8 peratus) daripada modal yang diperbesar diperuntukkan kepada pelabur bebas;

*395.6 juta saham (10.8 peratsu) kepada kerajaan-kerajaan negeri

*91.2 juta saham (2.5 peratus) kepada pelabur strategik'

*419.5 juta saham (11.5 peratus) kepada institusi Bumiputera dan pelabur yang dipilih dan diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan

*285.4 juta saham (7.8 peratus) untuk pelabur institusi.

"Terdapat opsyen lebihan peruntukan sebanyak 109.4 juta saham atau tiga peratus," katanya.

Charon berkata peneroka dan petugas syarikat yang layak, diberikan peruntukan pilihan sehingga 200.6 juta saham atau 5.5 peratus, pada harga runcit menerusi borang langgaan pekerja (borang pink) dan "Blue Form".

"Pelabur runcit ditawarkan 73 juta saham, atau dua peratus pada harga runcit RM4.55 sesaham atau dua peratus diskaun berbanding harga muktamad institusi, yang mana lebih rendah, katanya.

"Ia merupakan IPO global utama. Dengan andaian harga runcit pada RM4.55, penawaran itu akan mengumpul kira-kira RM10.5 bilion untuk Felda Global dan Felda, dan akan memberikan Felda Global permodalan pasaran melebihi RM16 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan