BN Yakin Dapat Tawan Semula Lima Dari Lapan Kerusi DUN PAS Di Terengganu

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin dapat menawan semula lima daripada lapan kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata berdasarkan sokongan rakyat dan kerja kuat jentera parti, tidak mustahil BN juga dapat merampas kembali satu kerusi Parlimen.

Ahmad berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini, Khamis.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut DUN mana yang dimaksudkan itu. Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen.

Lapan kerusi DUN yang kini dikuasai PAS ialah Batu Buruk, Ladang dan Wakaf Mempelam (ketiga-tiganya di bawah Parlimen Kuala Terengganu), Bukit Tunggal (Parlimen Kuala Nerus), Sura (Dungun), Rhu Rendang dan Bukit Payung (Marang) dan Manir (Hulu Terengganu). Kerusi Parlimen yang dimenangi PAS pula ialah Marang yang diwakili Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi pada pilihan raya kecil pada 2009.

Sementara itu Ahmad berkata kerajaan negeri telah menyiapkan kira-kira 8,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh empat tahun ini melibatkan perbelanjaan RM800 juta.

"Kami nak buat 10,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun dan kami yakin matlamat itu akan tercapai tahun depan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan