ZI Publications Akan Cabar Penahanan Buku Serta Pengarahnya Di Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: ZI Publications iaitu penerbit buku kontroversi penulis Kanada, Irshad Manji akan mempertahankan diri serta keputusan mereka menerbitkan naskhah berjudul ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, ZI Publications menyatakan bahawa dalam serbuan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam, mereka telah merampas 180 naskhah judul berkenaan.

ZI Publications menambah, ini adalah kali kedua buku mereka dirampas oleh pihak berkuasa agama selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga mengambil tindakan yang sama minggu lalu.

Buku tersebut turut diharamkan oleh Bahagian Penerbitan Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri.

ZI menegaskan, tindakan yang diambil oleh Jawi dan Jais ini memperlihatkan terdapatnya individu di dalam pihak pentadbir agama yang tidak langsung memperlihatkan sebarang toleransi dan juga tidak menghormati perlembagaan negara.

Pengarah ZI, Ezra Zaid yang diikat jamin sebanyak RM1,800 akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam 18 Julai depan untuk dibicarakan atas kesalahan menerbitkan bahan yang bertentangan dengan syariat Islam.

Ezra adalah anak kepada Presiden Parti Kita, Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

Irshad Manji, penulis buku berkenaan yang secara terang-terangan menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual berada di Malaysia pada 19 Mei baru-baru ini untuk melancarkan buku itu.

Dalam serbuan Jais semalam, mereka turut menahan Ezra untuk disiasat di bawah Seksyen 16(1)(a) atau (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor berhubung "kesalahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak”.

Ezra kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM1,800 dengan seorang penjamin.

Ketua Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin yang mengesahkan serbuan itu berkata, jabatan itu akan mengambil tindakan terhadap penerbitan yang berkaitan dengan Irshad, seorang penulis yang secara terbukanya menyokong gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Jais akan ambil tindakan dalam apa JUGA bentuk sama ada ceramah, forum, buku dan artikel berkaitan Irshad kerana ia menyalahi Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor),” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online.

Sementara itu, penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah merampas sebanyak tujuh naskah buku berkenaan di kedai buku di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini pada 23 Mei lalu.

Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai isu berkenaan kemudian.

Sebelum ini, buku tulisan Irshah iaitu ‘The Trouble With Islam Today’ telah diharamkan di Malaysia pada 2009.

Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan bapa Ezra telah menulis di twitternya: “Jawi raided book stores, Jais raided office of ZI publications. Jakim ordered the ban and I am in hospital unable to help Ezra.” (Jawi telah menyerbu di kedai-kedai buku, Jais telah menyerbu pejabat Zi Publications. Jakim telah mengumumkan pengharamannya dan saya kini berada di hospital, tidak dapat membantu Ezra).

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan