UM Duduki Tangga Teratas Ranking IPT Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukan sebagai universiti premier untuk tahun keempat berturut-turut apabila menduduki tangga ke-35 keseluruhan dalam QS Asian University Rankings 2012 dan tangga teratas dalam kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini.

UM mengekalkan penguasaannya sebagai universiti terulung di Malaysia sejak QS Asian University Rankings diperkenalkan empat tahun lepas dan mencatat penambahbaikan daripada segi ranking tahun demi tahun.

"Dalam ranking Asia yang dikeluarkan QS, UM mendapat mata keseluruhan 71.4 daripada kemungkinan 100 dan menduduki tempat keempat bagi pertukaran keluar masuk pelajar.

"Ia juga menduduki tangga teratas di Malaysia daripada segi reputasi akademik dan majikan," kata Naib Canselornya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon dalam kenyataan, Rabu.

Beliau berkata UM juga menduduki tangga teratas bagi semua bidang fakulti, termasuk Sastera & Kemanusiaan, Kejuruteraan & Teknologi, Sains Hayat & Perubatan dan Sains Sosial & Pengurusan, kecuali bagi Sains Semula Jadi, di mana ia menduduki tangga kedua.

Ghauth berkata nilai penyelidikan UM dapat dilihat pada jumlah petikan yang diterimanya iaitu sebanyak 17,520, manakala universiti itu menghasilkan sejumlah 9,161 kertas akademik dari 2007 hingga 2011.

"Kami gembira dan berasa bertuah dengan ranking yang diterima pada tahun ini kerana kami telah melakukan yang terbaik untuk melakukan penambahbaikan dalam semua aspek, terutama dalam pertukaran keluar masuk pelajar," katanya.

Beliau berkata ranking yang diterima itu adalah hasil ketekunan pihak pengurusan, petugas, pelajar UM serta pemegang kepentingannya dan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyokong usaha tanpa hentinya ke arah mencapai kecemerlangan.

"Secara keseluruhan, kami melihat ranking Asia sebagai batu loncatan untuk mencapai matlamat akhir kami iaitu untuk tergolong sebagai 100 universiti teratas dalam ranking dunia pada 2015," katanya.

Ranking QS Asian University merupakan kajian menyeluruh tentang institusi pengajian di Asia yang melibatkan hampir 500 universiti, termasuk respons terhadap kaji selidik mengenai bidang akademik dan petugas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan