UKM Di Tangga Ke-31 QS Kedudukan Universiti Dunia

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun ini bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya.

Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, kedudukan itu adalah pengiktirafan peringkat dunia yang mana UKM merupakan satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai.

Beliau berkata, UKM dipilih berdasarkan kajian, hasil jurnal, kepakaran tenaga pengajar dan jumlah mahasiswa dalam penglibatan setiap kajian.

"QS menilai dari setiap aspek penghasilan bahan ilmiah dan penemuan baru... dan salah satu sebabnya ialah hasil kajian Fakulti Perubatan yang mana sebelum ini sering kali muncul dengan penemuan yang berkualiti tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Sambutan 40 tahun Fakulti Perubatan UKM, Rabu.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Canselor UKM.

Ogos lepas Pusat Perubatan UKM (PPUKM) telah menjalankan pembedahan kaedah lubang kunci yang pertama di dunia terhadap bayi yang baru berusia 14 hari bagi mengeluarkan 95 peratus daripada organ pankreasnya.

Sharifah Hapsah berkata, kedudukan itu memperlihatkan UKM sebagai satu institusi yang mampu memberikan impak dalam segala bentuk penghasilan jurnal mahupun sebarang kajian walaupun ia baru 42 tahun ditubuhkan.

"Memang sasaran kami sebelum ini untuk mendapat kedudukan 'top 50' dan kami komited untuk terus berusaha ke arah 'top 10' pada tahun depan bagi kategori universiti baru, kurang 50 tahun ditubuhkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan