Tibai Mahu SPRM Siasat Azmin Ali Berhubung Kes Rasuah Ketika Jadi Setiausaha Sulit

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mursyidul Am Kumpulan TIBAI, Zahid Md Arip (lima, kiri) bersama ahli-ahli TIBAI pada sidang akhbar sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung kenyataan pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Setiausaha Sulitnya, Mohamed Azmin Ali ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap anggota Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan terbabit rasuah ketika menjadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan itu bertegas akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat SPRM sekiranya badan bebas itu tidak memulakan siasatan dalam tempoh seminggu.

Mursyidul Am Tibai Zahid Md Arip berkata desakan itu dibuat ekoran pendedahan pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin kononnya Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Azmin yang ketika itu setiausaha sulitnya, ditutup.

"Kami minta SPRM buka semula fail siasatan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan kepada SPRM, di sini, Rabu.

Semalam, Raja Petra mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan SPRM, yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.

Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan