Tarikh Bajet Timbul Spekulasi PRU-13 Diadakan Awal

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan semula spekulasi mengenai pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan diadakan tidak lama lagi apabila beliau mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September ini.

Ramai yang menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen beberapa minggu lagi untuk diadakan pilihan raya pada lewat Jun atau awal Julai.

Bagaimanapun, tarikh Bajet telah menimbulkan banyak cakap-cakap mengenai pilihan raya akan datang.

Dan sebaliknya, ia telah membawa kepada perbandingan terhadap keputusan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1999.

“Dr Mahathir membentangkan Bajet pada 15 Oktober tahun itu dan ketika ahli-ahli Parlimen masih lagi memperdebatkan tentang Bajet, beliau pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong dan telah membubarkan Parlimen pada 11 November,” kata ahli politik yang sudah lama menyertai Barisan Nasional (BN).

“Pilihan raya diadakan pada 29 November pada tahun itu.

“Najib boleh melakukan perkara yang sama dengan membentangkan satu bajet pilihan raya dan menggunakan manifestonya untuk mengadakan pilihan raya ke-13, seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir pada PRU-10.”

Najib mengumumkan tarikh Bajet 2013 pada rundingan awal mengenai belanjawan tahunan pada Selasa di mana Kementerian Kewangan telah menerima sebanyak 84 memorandum.

Beliau berkata, Bajet 2013 akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan yang berkualiti dan seimbang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Najib mempunyai hak istimewa untuk meminta supaya Parlimen dibubarkan “pada bila-bila masa yang beliau mahu”.

Abdul Aziz berkata, pilihan raya boleh diadakan pada Jun atau Julai, sambil menambah bahawa Suruhanjaya itu telah bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan pada kedua-dua bulan itu.

SPR akan mengazetkan daftar pemilih pada akhir bulan ini apabila tempoh bantahan tamat.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Parlimen tidak pernah tamat dalam tempoh lima tahun penuh.

“Walaupun berhadapan dengan tugas melaksanakan reformasi pilihan raya untuk pemilihan akan datang, kami bersedia dari segi tenaga manusia, latihan dan logistik sekiranya diumumkan pada Julai,” kata beliau.

Abdul Aziz berkata, Dewan Rakyat ketika ini hanya akan berakhir pada 24 April tahun depan dan pilihan raya mesti dilakukan dalam tempoh 60 hari.

Selain pengumuman mengenai tarikh Bajet, terdapat juga cakap-cakap yang mengatakan Najib akan mengumumkan pilihan raya akan diadakan sebelum bermulanya bulan Ramadan pada 20 Julai.

Ia menimbulkan spekulasi bahawa “kemungkinan itu juga dilihat sebagai peluang” yang akan dilaksanakan Najib sekiranya mengambil keputusan untuk mendapat nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sejurus selepas satu pertemuan pada 11 Jun ini.

Ketika Dr Mahathir mengumumkan pilihan raya pada 1999, ia diadakan sejurus sebelum bermulanya Ramadan pada Disember tahun berkenaan.

Penganalisis politik berkata, selain petunjuk positif berdasarkan program transformasi politik, ekonomi dan sosial, Najib juga boleh melihat dari aspek agama, yang boleh memainkan peranan dalam masyarakat yang kebanyakannya beragama Islam di negara ini.

Sidang Parlimen yang berikutnya berakhir pada 28 Jun ini dan sekiranya Najib membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen ketika persidangan itu, kempen akan diadakan pada bulan Islam iaitu Rejab, salah satu tempoh yang paling afdal kerana ia mengelakkan dari sebarang ketegangan dan perkara yang tidak baik.

Berkempen sepanjang tempoh ini boleh mengurangkan persaingan politik yang tegang yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Tamatnya pilihan raya akan diikuti dengan Ramadan, sebagai bulan untuk tempoh “bertenang” untuk perdamaian dan menjalinkan hubungan baik.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan