Pesawat Pertama A380 MAS Dijangka Mendarat Di KLIA Petang Rabu

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOULOUSE: Pesawat terbesar dan paling mesra alam di dunia, Airbus A380, yang kini menjadi milik Malaysia Airlines (MAS), dijangka mendarat di bumi Malaysia pada jam kira-kira 3.00 petang Rabu.

MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, pada Selasa dan kini menjadi pengendali ke-lapan pesawat penumpang itu.

Ketua Pegawai Operasi, Airbus Fabrice Brégier telah menyerahkan pesawat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya di Toulouse.

Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baru pada Kelas Ekonomi.

Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.

Ahmad Jauhari, yang membuat pemeriksaan bagi kali pertama pesawat itu, jelas sangat teruja.

"Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh," katanya.

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan.

A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.

Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti ke destinasi utama di Amerika Syarikat.

Kemunculan sulung pesawat komersil superjumbo itu dijadualkan pada 1 Julai mengikut jadual tiga kali seminggu pada laluan KL-London (MH002/MH003) sebelum melakukan perkhidmatan harian pada Ogos.

Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan