Perodua Mungkin Keluarkan Kereta Sedan

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perodua sedang mengkaji kemungkinan mengeluarkan kereta sedan pada masa terdekat ini, kata pengarah urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh pada Rabu.

Aminar bagaimanapun tidak memberikan butir lanjut.

"Ini adalah aspirasi saya. Jika ada peluang dan dibenarkan oleh rakan kongsi dan pemegang saham kami, ini adalah apa yang kami ingin lakukan," katanya kepada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Perodua Sales Sdn Bhd dan UMW Corporation Sdn Bhd.

Dipercayai Perodua mungkin akan bekerjasama dengan UMW Holdings Bhd untuk mengeluarkan model sedan.

Aminar bagaimanapun berkata, Perodua tidak berminat untuk melabur dalam pengeluaran kereta hibrid atau elektrik.

"Adalah mahal untuk membina kereta-kereta ini dan kami tidak mempunyai teknologi dan fasiliti penyelidikan dan pembangunan," tambah beliau.

Di bawah MoU itu, Perodua membeli 25.6 hektar tanah di Serendah daripada UMW Corporation bernilai RM16.7 juta bagi pembinaan fasiliti baru dan untuk pengembangan prasarana sedia ada.

Fasiliti tersebut adalah masjid, pusat penjagaan kanak-kanak, gimnasium mini, lapangan letak kereta tambahan dan prasarana utiliti.

Kemudahan-kemudahan tersebut akan disiapkan menjelang setengah tahun kedua 2013.

Mengenai pengembangan, Perodua bercadang untuk membelanjakan RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk mengembangkan fasiliti sedia ada.

Ini akan termasuk naik taraf kilang, pengembangan jaringan, penyelidikan dan pembangunan dan latihan pekerja.

Turut hadir pada acara itu adalah presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan UMW Corporation, Datuk Syed Hisyam Syed Wazir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan