Pegawai Pemasaran Bertindak Melawan Penculik Di Parkir Pusat Beli-Belah

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chin telah dirompak dan nyaris diculik di tempat letak kereta pusat membeli-belah The Curve pada petang Ahad lalu.
Chin telah dirompak dan nyaris diculik di tempat letak kereta pusat membeli-belah The Curve pada petang Ahad lalu.

PETALING JAYA: Seorang pegawai pemasaran Internet nyaris menjadi mangsa kepada beberapa perogol apabila wanita tesebut hampir dilarikan di tempat letak kereta di pusat membeli-belah The Curve di sini.

Bagaimanapun, Chin Xin-Chi melawan dan melompat keluar daripada kereta yang sedang bergerak ketika ia mahu keluar dari tempat letak kereta.

Mengimbas kembali pengalaman yang menakutkan itu di akaun Facebooknya, Chin sedang memuatkan beg beli-belahnya di tempat duduk belakang kereta teman lelakinya ketika kejadian berlaku kira-kira 5.20 petang pada Ahad.

Dia bersendirian pada hari tersebut.

“Secara tiba-tiba, pintu kereta ditutup kuat dan leher saya dicekik,” tulisnya.

“Seorang lelaki menutup mulut saya dengan tangannya dan berbisik kepada supaya tidak menjerit. Dia kemudiannya menolak saya sehingga ke lantai tempat duduk belakang kereta dan memberi isyarat sebagai tanda amaran kepada saya supaya tidak menjerit,” tambahnya.

Menurut tulisannya itu, seorang lelaki lain muncul dan mengambil kunci keretanya dan mendesak supaya memberikan tiket parkir.

“Saya beritahu mereka bahawa mereka boleh ambil apa sahaja, dan lepaskan saya pergi. Tetapi ketika itu mereka tidak langsung bertanyakan tentang wan. Namun sebaliknya, salah seorang daripada mereka cuba untuk mencabul.

“Kemudian, saya dipukul. Oh Tuhan. Oh Tuhan. Perkara ini benar-benar berlaku. Saya diculik dan saya fikir saya tahu apa yang mereka mahukan,” tulis Chin.

Sementara menunggu peluang untuk melepaskan diri, Chin berkata, dia tahu akan mereka akan memperlahankan kereta apabila mahu keluar daripada kawasan parkir.

Dia dapat membuka pintu kereta tetapi salah seorang suspek menolaknya kembali ke dalam kereta dan dia bergelut dengan kedua-dua suspek sebelum berjaya melepaskan diri.

Pengalaman pahit itu dari mula dia meninggalkan mesin bayaran tiket parkir untuk melepaskan diri – iaitu kira-kira empat minit dianggap sebagai satu mimpi ngeri,” tulisnya.

Dia turut menulis di twitternya bahawa dia bernasib baik kerana hanya mempunyai beberapa kesan calar dan lebam meskipun hilangan hampir kesemua barangan miliknya termasuk telefon bimbit.

Sementara itu, Pengurus pusat The Curve, Jazmi Kamarudin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis termasuk memberi sokongan kepada Chin.

“Memandangkan siasatan masih berjalan, kami tidak dapat memaklumkan sebarang butiran,” kata beliau.

"Kami amat menyesali terhadap insiden yang berlaku meskipun telah banyak usaha menjaga keselamat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Polis mengesahkan kejadian itu telah dilaporkan dan kes itu dikategori sebagai rompakan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan