Kritik Sultan Johor Bida WWW 1: Nizar Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaan beliau berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Difahamkan, Polis Johor telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk melakukan siasatan selepas lima laporan polis dilaporkan di negeri itu berkaitan dengan dakwaan tersebut sejak Selasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengesahkan mengenai pasukan petugas itu yang telah memulakan siasatan.

“Kami akan menyiasat perkara berkenaan secara telus dan profesional. Kami akan mengendalikan tugas kami tanpa sebarang tekanan bagi memastikan ia berlaku adil kepada kedua-dua pihak,” kata beliau.

Kritikan Nizar mengenai kerabat diraja Johor memperoleh bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 di Twitter membawa padah.

Beliau menulis di Twitter bahawa wang RM520,000 yang dibelanjakan untuk bidaan itu dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu golongan miskin.

Beliau diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat diraja Johor.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan