Kerajaan Perlu Bijak Layani Tuntutan Pelbagai Pihak - Tun Mahathir

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bijak melayan tuntutan pelbagai pihak tanpa mengabaikan pegangan terhadap prinsip tertentu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dulu bila kita (kerajaan Barisan Nasional) kuat, tak ada banyak sangat cabaran. Tapi bila lemah orang anggap kita akan layan mereka. Maka mereka buat tuntutan. Jadi bila tuntutan ini dibuat kita perlu kecekapan yang lebih daripada zaman dulu untuk tangani masalah ini.

"Saya tak kata kerajaan sekarang tak cekap. Cuma perlu ada kecekapan yang lebih," katanya kepada pemberita selepas berucap pada mesyuarat Meja Bulat Asia Pasifik ke-26 di sini, Rabu.

Terdahulu dalam ucapannya bertajuk "Governance in Asia: What's Best and What Works", Dr Mahathir berkata kerajaan sekarang perlu mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam menguruskan negara.

Beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang mudah untuk mentadbir urus dan melaksanakan dasar-dasar kerana banyak perkara turut mengiringinya termasuk hak asasi manusia dan pelbagai bentuk kebebasan yang boleh membawa kepada kemusnahan dan ketidakstabilan.

"Sedikit demokrasi adalah baik. Hari ini golongan minoriti amat berkuasa hinggakan golongan majoriti terpaksa mengalah. Mereka tidak suka melakukan perkara tertentu tetapi mereka takutkan golongan minoriti yang boleh menjadi sangat ganas.

"Demokrasi pada hari ini bukannya demokratik. Demokrasi pada hari ini dilihat seolah-olah dikuasai golongan minoriti dan bukannya oleh golongan majoriti. Kita tidak boleh terima ini," katanya.

Dr Mahathir berkata satu-satunya yang baik mengenai demokrasi ialah rakyat boleh memilih kerajaan menerusi peti undi.

Semasa sidang media itu juga, Dr Mahathir turut ditanya pendapatnya mengenai peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir selaku pengarah urusan Proton Holdings Bhd berkuatkuasa 4 Julai ini.

"Tiap-tiap perubahan mesti ada pergolakan. Itu tak dapat elak tapi kita harap pergolakan itu tak berterusan dan tak berpanjangan," katanya.

Berhubung dakwaan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin bahawa berlaku amalan rasuah oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali semasa menjadi setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir berkata Raja Petra perlu mengemukakan bukti mengenai perkara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan