Jais Rampas Buku Irshad Manji, Penerbit Turut Ditahan Dalam Serbuan

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di pejabat Zi Publications dan merampas 180 naskhah buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ oleh Irshad Manji yang diharamkan penerbitannya.

Mereka turut menahan pengarah dan pemilik syarikat penerbitan itu, Ezra Zaid dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 11.30 pagi Selasa.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 16(1)(a) atau (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor berhubung "kesalahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak”.

Ezra kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM1,800 dengan seorang penjamin oleh Hakim Mahkamah Majistret Syariah, Shahrudin Selamat.

Peguam Ezra, Nizam Bashir berkata, kes tersebut akan disebut semula pada 18 Julai ini.

“Tiada dakwaan yang dibacakan semasa prosiding dijalankan,” kata beliau.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan penerbitan buku itu kerana menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis dan susulan daripada laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin yang mengesahkan serbuan itu berkata, jabatan itu akan mengambil tindakan terhadap penerbitan yang berkaitan dengan Irshad, seorang penulis yang secara terbukanya menyokong gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Jais akan ambil tindakan dalam apa JUGA bentuk sama ada ceramah, forum, buku dan artikel berkaitan Irshad kerana ia menyalahi Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor),” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online.

Sementara itu, penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah merampas sebanyak tujuh naskah buku berkenaan di kedai buku di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini pada 23 Mei lalu.

Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai isu berkenaan kemudian.

Sebelum ini, buku tulisan Irshah iaitu ‘The Trouble With Islam Today’ telah diharamkan di Malaysia pada 2009.

Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan bapa Ezra telah menulis di twitternya: “Jawi raided book stores, Jais raided office of ZI publications. Jakim ordered the ban and I am in hospital unable to help Ezra.” (Jawi telah menyerbu di kedai-kedai buku, Jais telah menyerbu pejabat Zi Publications. Jakim telah mengumumkan pengharamannya dan saya kini berada di hospital, tidak dapat membantu Ezra).

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan