Dua Pakar BES Akan Ditempatkan Di Semua Hospital Utama Menjelang 2015

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua hospital utama kerajaan di negara ini akan mempunyai dua pakar bedah payudara dan endokrin (BES) menjelang 2015, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata buat masa ini, hanya 25 pakar BES berkhidmat di hospital kerajaan di Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Liow berkata bilangan penduduk Malaysia yang menghidap kanser payudara semakin meningkat dan mengikut laporan terbaharu Pendaftaran Kanser Kebangsaan seorang dalam setiap 14 wanita negara ini merupakan pesakit kanser payudara.

"Kami harap sekurang-kurangnya dua pakar BES ditempatkan di semua hospital utama di negara ini dalam tempoh tiga tahun akan datang dan ini akan mengurangkan tekanan kepada pakar bedah.

"Sekiranya hanya satu pakar, ia bermakna tidak ada waktu rehat dan terpaksa bertugas 'on call' selama 24 jam setiap hari. Jika ada dua pakar, maka kita boleh menangani keadaan dengan lebih baik," katanya.

Liow berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Akademi Perubatan Malaysia (AMM) bagi melaksanakan kursus pembedahan payudara dan endokrin dalam negara.

Ketua Setiuasaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa mewakili kerajaan manakala AMM oleh timbalan masternya Datuk Dr N. Arumugam.

Di bawah MoU itu, Liow berkata dua pakar bedah dari Persatuan Pembedahan Payudara Antarabangsa dan Persatuan Pakar Bedar Endokrin Antarabangsa akan mengajar dan melatih pakar BES di Malaysia.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga memeterai satu lagi MoU untuk kursus Penjagaan Pesakit Kritikal Selepas Pembedahan (CCrISP), sebuah kursus yang dibangunkan oleh Royal College of Surgeons of England.

Liow berkata kursus CCrISP akan membantu meningkatkan kualiti penjagaan pesakit kritikal khususnya mereka yang ditempatkan dalam Unit Penjagaan Rapi (ICU) di hospital kerajaan.

"Kami biasa menghantar doktor dan pakar bedah ke luar negara untuk dilatih dalam bidang ini. Kini, kami bawa kursus ini ke Malaysia dan in membolehkan lebih ramai dilatih dalam bidang ini," katanya.

Ketika ini, 10 tenaga pengajar telah dilatih dan mereka mampu mengendalikan kursus CCrISP pada masa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan