100 Peniaga Kemuka Laporan Kerugian Ekoran Perhimpunan 28 April

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 100 peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara melaporkan kerugian yang mereka alami akibat perhimpunan Bersih 28 April lepas kepada peguam sukarela yang menawarkan bantuan guaman secara percuma untuk menuntut gantirugi.

Jumlah itu diperoleh selepas dua hari tawaran dibuka, kata Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus sambil memberitahu bahawa tawaran itu dibuka sehingga akhir bulan depan.

Beliau berkata pihaknya mensasarkan lebih 70 peratus peniaga dan penjaja yang terjejas akibat perhimpunan itu akan melaporkan kerugian mereka.

"Selebihnya (bagi yang tidak membuat laporan) kami akan membuat anggaran sendiri," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Beliau berkata laporan yang mengandungi maklumat seperti latar belakang perniagaan dan kerugian akan dianalisis oleh peguam sukarela itu sebelum saman dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.

Minggu lepas, Ahli Peguam Sukarela (Sukaguam) menawarkan 100 peguam untuk membantu membuat tuntutan gantirugi bagi peniaga di sekitar Kuala Lumpur yang terjejas akibat perhimpunan haram itu.

Peniaga boleh memfailkan tuntutan kerugian di sekretariat yang ditubuhkan di Restoran Ikan Bakar Sekinchan cawangan Gombak yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 2 hingga 4.30 petang.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Penjaja Kuala Lumpur, Datuk Bahrim A. Razak berkata dilaporkan 2,000 peniaga yang mempunyai lesen perniagaan yang sah mengalami kerugian semasa perhimpunan itu.

"Antara yang terlibat ialah 500 penjaja di Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India (340), Pasar Seni dan Kasturi Walk (140) serta tempat-tempat lain seperti Pudu," katanya.

Beliau berkata setiap mereka dikatakan mengalami kerugian antara RM400 hingga RM500 dan nilai keseluruhan kerugiaan dianggar tidak kurang RM2 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan