Serangan Peribadi Ke Atas Rumah Ambiga Bukan Sentimen Perkauman

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Serangan peribadi terhadap Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga di rumahnya tidak ada kaitan dengan sikap perkauman sebaliknya Ambiga menjadi sasaran disebabkan beliau pemimpin kepada perhimpunan Bersih, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Katanya, serangan peribadi seperti perhimpunan oleh sesetengah pihak di rumah Ambiga di Bukit Damansara bukan sahaja tidak mendapat sokongan MIC tetapi juga oleh Umno dan MCA.

"Mereka semua sudah menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan perhimpunan itu. Ya, Ambiga adalah sebahagian daripada masyarakat kita tetapi kemarahan orang ramai ditumpukan kepada dia disebabkan Ambiga adalah pemimpin kepada satu pergerakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek derma berjumlah RM100,000 untuk penubuhan kelas bantuan kepada kanak-kanak sindrom Autism di sini Selasa.

Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC berkata demikian ketika ditanya oleh seorang wartawan sama ada serangan itu ada kaitan dengan sikap perkauman.

"Isu sebenar ialah kerajaan sudah mengadakan peluang untuk menyatakan pendapat bukan di satu tempat tetapi di seluruh negara dan kita tidak perlukan perhimpunan jalanan," katanya yang menambah bahawa perhimpunan Bersih digunakan oleh pihak tertentu sebagai alat politik.

Beliau juga mendedahkan bahawa kaum India sudah mula sedar bahawa setiap bantuan dan gerakan kononnya untuk membela kaum itu oleh pembangkang sebenarnya tidak pernah ikhlas tetapi ada agenda politik.

Katanya, kesedaran masyarakat India ini sudah mula nampak apabila perhimpunan Hindraf yang dibuat baru-baru ini di Brickfields tidak mendapat sambutan daripada kaum itu berbanding pada tahun 2007.

"Saya diberitahu tentang sambutan itu tidak menjadi besar seperti yang diharapkan mereka, penyokong dari kaum India telah pergi ke sana dan persepsi yang mereka terima ialah bahawa itu adalah satu percubaan oleh parti pembangkang untuk memancing undi," katanya.

Dalam satu contoh, parti pembangkang mengadakan program untuk kaum India mendapatkan kad pengenalan, tetapi sebelum proses pendaftaran dijalankan, orang ramai terpaksa mendengar kempen politik daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain, katanya.

"Program untuk kad pengenalan yang mereka buat tidak melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Ini sangat berbeza dengan apa yang kita buat, bukan satu tempat malahan di banyak kawasan dan kita tidak ada ceramah politik," katanya.

Hasilnya, MIC sudah berjaya menyelesaikan lebih daripada 6,000 kes ketiadaan kad pengenalan untuk kaum India, katanya.

Beliau berkata, kerajaan masih ada yang kurang, tetapi para pemimpin Barisan Nasional (BN) turun ke padang, dan kesemua kekurangan ini sedang,diperbaiki. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan