Rumah Ibadat Kaum Lain Tidak Perlu Terap Elemen Islam - Takiyuddin

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan menjelaskan penetapan peraturan pembinaan bangunan baru di negeri itu mesti menerapkan ciri-ciri Islam tetapi tidak melibatkan rumah ibadat kaum lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri pimpinan PAS itu amat fleksibel apabila mempertimbangkan keperluan untuk membina rumah ibadat.

"Dalam kes Persatuan Buddha Kelantan, saya diarahkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menjelaskan isu ini.

"Berdasarkan semakan dengan rekod di Majlis Perbandaran Kota Baru, saya mendapati persatuan itu masih belum menghantar pelan bangunan.

"Ahli tertinggi persatuan itu mengakui bahawa pelan bangunan tersebut belum dihantar ke majlis perbandaran untuk pertimbangan. Oleh itu, perkara ini bukan menjadi satu isu," katanya.

Takiyuddin berkata, walaupun persatuan itu telah menghantar pelan bangunan, majlis perbandaran masih boleh menggunakan budi bicara untuk berunding.

Majlis perbandaran juga boleh meluluskan pelan bangunan tanpa menerapkan binaan elemen Islam.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa ahli persatuan itu kecewa apabila pembinaan bangunan baru di negeri itu perlu menerapkan reka bentuk Islam.

Menurut beliau, kerajaan negeri amat peka dengan keperluan masyarakat bukan Islam dan sedia berbincang mengenai perkara tersebut.

Beliau juga dimaklumkan bahawa persatuan tersebut hanya ingin membina sebuah dewan komuniti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan