PAS Kelantan Muktamadkan Senarai Calon

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS Kelantan telah memuktamadkan senarai calon-calon yang akan diletakkan untuk pilihan raya umum akan datang di mana 30 peratus adalah muka-muka baru, kata Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Nama-nama telah dikemukakan kepada presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya, sambil menambah kebanyakan mereka dalam barisan exco negeri semasa mungkin tidak akan bertanding lagi.

PAS, katanya, telah bersedia untuk pilihan raya bila-bila masa.

Beliau menegaskan tidak ada masalah dalam pembahagian kerusi dengan PKR, sambil menambah PAS akan bertanding 11 daripada 14 kerusi Parlimen dan 40 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"PAS Kelantan mengekalkan status quo dalam pembahagian kerusi dengan PKR. Kami tidak menjangka sebarang masalah dalam pengagihan kerusi," katanya kepada pemberita.

Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, juga berkata Hadi baru sahaja tamat lawatan di seluruh negara dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari peringkat akar umbi.

Menjawab satu soalan, Takiyuddin berkata tidak ada kemungkinan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bertanding di Kelantan walaupun beliau kerap melawat negeri ini sejak akhir-akhir ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan