Kerabat Diraja Johor Tidak Ambil Duit Dari Kerajaan Beli Nombor Plat "WWW 1"- TMJ

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak mengambil duit daripada kerajaan sejak Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Baginda berkata perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.

Baginda berkata demikian dalam Twitternya, Isnin, sebagai menjawab kritikan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

"Duit yang diperuntuk kepada ayahanda saya (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar) dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

"Tujuan yayasan itu (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) ialah untuk rakyat dan bagi membantu kerajaan negeri Johor," kata baginda.

"Saya sendiri, semasa menjadi Raja Muda, tidak pernah mengambil satu sen dari kerajaan sehingga hari ini. Ia adalah duit rakyat. Jadi sebelum anda membuka mulut, selidik dahulu," tegas baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan