Kelab Putera 1Malaysia Henti Tumpu Bawa Balik Gadis Ikut Teman Lelaki

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kelab Putera 1Malaysia akan menghentikan usaha membawa balik gadis yang lari mengikut teman lelaki bagi menumpukan kepada kes lain yang lebih serius seperti kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik.

Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata keputusan itu juga sebagai pengajaran kepada gadis dan keluarganya agar tidak mengambil kesempatan daripada keprihatinan kelab berkenaan.

"Cukuplah saya rasa buat masa ini, kerana lebih banyak agenda lain yang lebih serius perlu diberi perhatian kecuali kes yang benar-benar serius atau membabitkan gadis di bawah umur," katanya ketika ditemui pemberita di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, Selasa.

Beliau sebelum itu menyambut kepulangan Suriani Abdul Wahab, 21, yang melarikan diri mengikut lelaki dari Lombok, Indonesia dikenali sebagai Madun, kira-kira empat tahun lalu.

Gadis dari Baling, Kedah itu juga telah berkahwin dengan pemuda tersebut dan dikurniakan anak perempuan berusia dua tahun.

Kelab berkenaan dijangka membawa anak dan suami Suriani ke negara ini minggu depan.

Abdul Azeez berkata sehingga kini, sebanyak 51 kes gadis lari mengikut lelaki ke Lombok berjaya diselesaikan dan setiap kes bukan sahaja sukar diselesaikan tetapi juga menelan kos iaitu kira-kira RM8,000.

"Kita bukannya kejam tapi merasakan tindakan itu lebih kepada untuk memberikan pengajaran kepada gadis-gadis serta ibu bapa supaya tidak sewenangnya mengambil kesempatan di atas keperihatinan kelab," katanya.

Beliau turut menasihati anak gadis di negara ini agar berfikir panjang sebelum lari mengikut teman lelaki ke Indonesia kerana mereka berdepan risiko dikena hukuman berat oleh pemerintah negara itu jika tersalah langkah.

Sementara itu, bapa Suriani, Abdul Wahab Salleh,52, berkata tiada apa yang dapat beliau ucapkan selain rasa syukur dan terima kasih kepada Kelab Putera 1Malaysia di atas bantuan yang diberi.

"Siapa yang tidak gembira lihat anak yang dirindui selama ini pulang dengan selamat, jika selepas ini menantu dan cucunya kembali saya akan terima dengan seadanya," katanya.

Beliau juga berhasrat menghantar anak keempat daripada enam beradik itu mendalami ilmu agama selepas ini bagi memberikan kesedaran kepadanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan