Kehadiran Orang Luar Antara Punca Majlis Ceramah Di Pantai Dalam Kecoh - Nong Chik

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehadiran orang luar yang dibawa pembangkang dipercayai antara punca berlaku kekecohan pada majlis ceramah di Pantai Dalam, Khamis lepas, kata Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

"Sebagai bukti, seorang mangsa (iaitu) warga tua yang cedera pada ceramah itu datang dari Selangor dan bukannya penduduk Pantai Dalam," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi Santai Pemimpin Bersama Pesara Kerajaan Lembah Pantai "Jasamu Tetap DiKenang" anjuran Kelab Pesara Kerajaan pada Isnin.

Beliau berkata pihak Umno dan pembangkang tidak boleh membuktikan siapa yang memulakan kekecohan sehingga berlaku kejadian membaling botol dan pelbagai objek lain, menyebabkan ada yang cedera.

Kekecohan berlaku pada majlis ceramah yang diadakan berhampiran Apartment Pantai Permai, dan pemimpin PKR dilaporkan mendakwa ia dicetuskan anggota Pemuda Umno.

Tuduhan itu bagaimanapun ditolak Pemuda Umno Lembah Pantai. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan