Jais Serbu Pejabat Zi Publications, Jawi Rampas Buku Irshad Manji

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Selasa menyerbu pejabat syarikat ZI Publications yang menerbitkan buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ tulisan Irshad Manji.

Pengarah Zi Publications, Ezra Zaid dalam tulisan twitter beliau berkata, Jais yang dihadiri kira-kira 20 pegawai telah membuat serbuan ke pejabatnya.

"Ia dibuat mengikut Seksyen 16(1)(a) atau (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor berhubung "kesalahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak," katanya lagi di twitter.

Ketua Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan berkaitan dengan buku tulisan Irshad Manji.

“Jais akan ambil tindakan dalam apa bentuk sama ada ceramah, forum, buku dan artikel berkaitan Irshad Manji.

“Ini kerana ia menyalahi dari segi enakmen pentadbiran agama Islam Selangor,” kata beliau menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, Selasa.

Difahamkan, Marzuki kini berada di luar negara.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah merampas sebanyak tujuh buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ di sebuah kedai buku utama di sebuah pusat membeli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur pada minggu lalu.

“Sebanyak tujuh buku Irshad Manji telah dirampas dalam pemantauan pada minggu lalu. Jawi akan terus membuat pemantauan mengenainya,” kata Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun berkata: “Saya akan buat kenyataan akhbar. Terdapat beberapa perkara perlu diperbincangkan mengenai rampasan dan pemantauan.”

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis lalu mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'

Abu Seman berkata, buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme," katanya dalam kenyataan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan