Isteri Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Balu kepada mendiang bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu, Toh Puan Goh Sing Yeng, 93, meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di kediamannya di Tanjung Bunga dipercayai akibat sakit tua. -fotoBERNAMA
Balu kepada mendiang bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu, Toh Puan Goh Sing Yeng, 93, meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di kediamannya di Tanjung Bunga dipercayai akibat sakit tua. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Mayat Toh Puan Goh Sing Yeng, 93, isteri kepada mendiang bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu, akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung Sabtu ini, pukul 1 petang.

Mendiang meninggal dunia kira-kira pukul 11 Selasa di kediamannya di Tanjung Bungah, dekat sini kerana sakit tua.

Anak sulung mendiang Lim Chien Aun berkata keadaan kesihatan ibunya semakin merosot sejak kebelakangan ini berikutan faktor usia.

"Ibu saya meninggal dunia di rumah, di sisi kami semua," katanya kepada pemberita di kediamannya di Jalan Haji Sudin, Tanjung Bungah dekat sini.

Beliau berkata persiapan upacara pengebumian Sabtu ini sedang dilaksanakan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyampaikan ucapan takziah.

Mendiang meninggalkan empat orang anak, dua lelaki - Lim Chien Aun dan Lim Chien Cheng dan dua perempuan - Lim Pao Lin dan Lim Pao Yen serta empat cucu dan dua cicit. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan