Usah Guna Jenayah Rasuah Untuk Kepentingan Politik - SPRM

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)menggesa semua pihak agar tidak menggunakan jenayah rasuah untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata berdasarkan pengalaman lepas, aduan dan maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara mendadak apabila tiba musim pilihan raya.

"Kita minta dalam keadaan nak dekat pilihan raya ini, bantulah SPRM kerana dalam pengalaman kita yang lepas setiap kali ada pilihan raya, tiba-tiba jumlah maklumat, aduan-aduan mengenai rasuah naik dengan mendadak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Forum Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan sempena Melaka 750 tahun, di sini, Isnin.

Bagaimanapun katanya kebanyakan aduan terbabit bertujuan politik yang tidak menguntungkan rakyat dan negara, kerana berita mengenai rasuah itu dilapor menerusi media atau blog terlebih dahulu sebelum dibawa kepada SPRM.

"Ini menyebabkan kita susah mendapatkan keterangan (kerana) apabila hebahan-hebahan dibuat dahulu kepada media selepas itu baru dihantar kepada SPRM maka saksi-saksi penting, keterangan-keterangan akan hilang sebelum SPRM datang membuat siasatan," katanya.

Sementara itu, Abu Kassim berkata kesedaran berhubung jenayah rasuah terutama dalam kalangan penjawat awam di negara ini menunjukkan peningkatan.

Beliau berkata ini berdasarkan peningkatan jumlah tangkapan terhadap pemberi rasuah sejak dua tahun lepas.

Katanya ramai penjawat awam tampil membuat laporan ke atas individu yang memberi rasuah kepada mereka sekali gus menggambarkan penentangan terhadap jenayah itu.

"Negara-negara yang menampakkan usaha kerajaannya mula berjaya ialah apabila kesedaran pegawai kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas mereka yang memberi rasuah menunjukkan perkembangan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan