Undang-Undang Baru Hadkan Kuasa Rela

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Undang-undang baru meneliti kuasa anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) mula berkuat kuasa bulan depan dengan langkah ketat bagi membendung penyalahgunaan kuasa dan penyamaran ahli-ahlinya.

Di bawah Rang Undang-undang Ikatan Sukarelawan Malaysia 2012 yang diluluskan di Parlimen pada 20 April lalu dan dijangka akan diumumkan bulan depan, anggota Rela tidak lagi mempunyai kuasa membuat tangkapan atau membawa senjata api.

Sesiapa yang didapati bersalah menyamar sebagai ahli Rela boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Undang-undang ini juga memerlukan mereka yang tidak lagi menjadi ahli mengembalikan pakaian seragam dan perakuan pelantikan dalam tempoh 14 hari meninggalkannya.

Sebelum ini, tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka menyimpan pakaian seragam walaupun selepas meletakkan jawatan daripada agensi.

"Mereka yang gagal kembalikan pakaian seragam dan sijil selepas meninggalkan Rela kini boleh dihadapkan ke mahkamah," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong, sambil menambah mereka juga boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Undang-undang baru juga mengehadkan tempoh pendaftaran untuk ahli Rela kepada lima tahun, yang mana selepas tempoh tersebut status keahlian perlu diperbaharui pegawai yang diberi kuasa.

Mereka di bawah umur 18 tahun yang menjadi ahli juga akan dibatalkan keahlian di bawah keperluan peningkatan usia apabila Akta Sukarelawan Malaysia 2012 mula berkuat kuasa pada 22 Jun.

Umur pendaftaran sedia ada untuk ahli-ahli RELA adalah 16 perempuan dan 17 bagi lelaki.

Sehingga 31 Mac, jumlah sukarelawan berjumlah 2,924,065.

Lee berkata undang-undang baru itu dijangka membendung kes-kes jenayah yang melibatkan penyamaran sebagai ahli Rela.

Pada Mac tahun lepas, polis menahan dua lelaki yang merompak dan merogol seorang wanita selepas mendakwa diri mereka sebagai pegawai polis.

Dua daripada rakan mereka, termasuk anggota Rela yang telah meminjamkan gari kepada kedua-dua lelaki itu, telah ditahan.

Pada tahun 2006, perompak yang menyamar sebagai anggota Rela terbabit dengan rompakan mikrocip bernilai RM47 juta dari kompleks kargo udara di Pulau Pinang.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang juga anggota kehormat Rela mengalu-alukan langkah menghadkan keahlian kepada lima tahun berkata ia akan memudahkan pengurusan ahli.

Bagaimanapun, beliau berkata memulangkan kembali pakaian seragam tidak akan berkesan dalam menangani penyamaran.

"Jika seseorang itu ingin menyalahgunakan pakaian seragam, mereka dengan mudah boleh membeli di kedai-kedai atau pun dalam talian," katanya, Ahad.

Chong berkata terdapat pelbagai kedai menjual pakaian seragam dan perkakas agensi penguatkuasaan, lengkap dengan pangkat.

"Ini hanya boleh ditangani melalui penguatkuasaan ketat ke atas penjualan pakaian seragam ini," katanya.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata tidak ada sebab untuk bekas anggota meyimpan pakaian seragam mereka.

"Kita tidak mahu melihat orang-orang yang tidak lagi anggota Rela yang menyalahgunakan pakaian seragam," katanya.

Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim berkata Menteri Dalam Negeri akan membuat pengumuman rasmi mengenai Rang Undang-Undang dan beberapa undang-undang lain yang diluluskan baru-baru ini.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini berkata di Parlimen bahawa kerajaan telah mengambil kira pandangan orang ramai apabila merangka Rang Undang-Undang.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan