Perkeso Lulus Pinjaman Pendidikan Hampir RM113 Juta

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meluluskan pinjaman pendidikan berjumlah hampir RM113 juta sehingga April tahun ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata pinjaman di bawah Faedah Pendidikan Perkeso itu telah memberi manfaat kepada 4,201 anak pencarum Perkeso sejak ia diperkenalkan pada Mei 1997.

Katanya sejumlah RM2.28 juta pinjaman telah diluluskan dalam tempoh suku pertama tahun ini sahaja.

"Daripada jumlah ini sebanyak RM338,773 pinjaman telah ditukar kepada biasiswa berdasarkan pencapaian cemerlang pelajar," katanya ketika merasmikan Program Kelas Persediaan Peperiksaan dan Motivasi Perkeso di Politeknik Merlimau di sini, Isnin.

Program tanggungjawab sosial Perkeso yang meliputi empat zon iaitu utara, selatan, tengah dan timur itu diadakan bertujuan memberi bimbingan dan motivasi kepada anak penerima faedah Perkeso yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Maznah berkata Perkeso turut mengambil inisiatif mengurangkan caj perkhidmatan pinjaman pendidikan tersebut dari empat peratus kepada dua peratus bagi mengurangkan beban kos hidup yang semakin meningkat.

Justeru beliau mengingatkan penerima kemudahan itu agar tidak terlibat dengan sebarang demonstrasi jalanan menuntut pendidikan atau pinjaman percuma kerana pembiayaan tersebut perlu dikutip kembali untuk membantu pelajar lain yang memerlukan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan