Pemindahan Pelatih PLKN Tangkas Kendiri Tidak Jejaskan Latihan

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Penempatan semula 248 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tangkas Kendiri di sembilan kem lain tidak akan menjejaskan latihan mereka kerana semua modul dijalankan serentak di semua 78 kem di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berkata kesemua pelatih terlibat dipindahkan ke Kem Nilam Ehsan Bidor, Kem Jiwa Murni, Kem Teluk Rubiah, Kem PLKN Segari, Kem PLKN Sentosa Chenderiang, dan Kem PLKN Desa Rimba di Perak; Kem Rekreasi Belia Baling di Kedah; serta Kem Batu Jong Kuala Krai dan Kem Cancun Park Pasir Mas di Kelantan.

"Kesemua pelatih dipindahkan ke sembilan kem berdasarkan pergerakan asal mereka. Sekiranya mereka bergerak dari Kota Baharu, Kelantan mereka akan dipindahkan ke kem yang melalui jalan yang sama ketika mereka dibawa ke kem ini pada 1 Mei lalu.

"Kita ingin melihat mereka pulang ke kampung asal mengikut jalan yang sama. Pendek kata mereka dipindahkan ke negeri masing-masing supaya tidak ada masalah ketika mereka pulang kelak," katanya kepada pemberita selepas upacara pelepasan pelatih terlibat di Kem Tangkas Kendiri, Sauk, Isnin.

Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Taiping mengeluarkan notis sita ke atas kem berkenaan kerana pengusahanya didakwa gagal menjelaskan hutang kepada pembekal.

Abdul Hadi berkata keputusan mahkamah menyita kem berkenaan tidak melibatkan peralatan milik JLKN, sebaliknya hanya melibatkan peralatan milik pengusaha kem seperti meja makan, kerusi, lampu, katil dan tilam.

Beliau berkata jurulatih kem terbabit pula akan dipindahkan secara berperingkat ke kem yang kekurangan jurulatih.

"Sebahagian daripada mereka akan dipindahkan hari ini (Isnin) dan yang lain akan berpindah selepas menyelesaikan kerja mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan