Panel Siasatan Bebas Mengenai Rusuhan Diberi 10 Terma Rujukan

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyiasatan panel bebas yang ditugaskan mengumpul butiran terperinci sebenar mengenai rusuhan di Dataran Merdeka berikutan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas akan berpandukan kepada 10 terma rujukan.

Pengerusi panel, Tun Mohammed Haniff Omar berkata salah satu daripada terma tersebut ialah bagi membuktikan sama ada berlaku serangan rambang, meluas dan liar ke atas tubuh badan serta ganas oleh anggota polis terhadap orang ramai dan pengamal media profesional.

"Ia dikehendaki membuktikan sama ada halangan secara tidak mengikut undang-undang dikenakan ke atas peguam yang ingin menemui pelanggan mereka yang ditahan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Isnin.

Haniff berkata seluruh terma itu telah dibincang dalam mesyuarat pertama panel tersebut yang diadakan pada Jumaat lepas.

Satu lagi aspek terkandung dalam terma itu ialah menggunakan segala cara yang ada dan secara berbincang dengan semua individu dan pihak berkenaan yang akan bekerjasama, membuktikan punca berlakunya huru-hara di sekitar Dataran Merdeka, dan di kawasan menuju ke situ, serta juga keadaan sebenar kekacauan yang dilaporkan telah terjadi dari pukul 3 petang hari berkenaan.

Panel dikehendaki menggunakan semua keterangan yang diberi atau didedahkan melalui penyiasatan atau pemeriksaan, membuktikan sama ada sebarang tindakan tidak mengikut undang-undang atau yang tidak menghiraukannya, adalah penyebab atau disebabkan oleh pihak yang terbabit.

Badan penyiasat bebas itu hendaklah membuktikan sama ada agensi penguatkuasa telah mematuhi prosedur yang betul dan mengikut undang-undang dalam tindakan pada setiap masa terutama sekali dalam menggunakan kekerasan termasuk melepaskan tembakan gas pemedih mata dan semburan air.

Ia dikehendaki membuktikan sama ada rampasan tidak mengikut undang-undang dan pemusnahan gambar foto dan rakaman video oleh orang awam atau ahli profesional media telah terjadi yang dengan sengaja merosakkan perkakas rakaman mereka.

Kenyataan Haniff itu menyebut bahawa panel itu perlu membuktikan sama ada berlaku rampasan atau tangkapan yang tidak mengikut arahan ke atas orang ramai dan petugas media profesional dan sama ada orang ramai atau perseorangan diserang dan dipukul serta mengalami cedera parah semasa dalam tahanan polis.

Panel hendaklah membuktikan langkah diambil oleh penganjur untuk menentukan bahawa perhimpunan secara besar-besaran itu akan berjalan secara aman dan selepas itu bersurai secara aman.

Badan penyiasat bebas itu perlu memastikan sama ada langkah yang diambil sudah cukup munasabah dan menjadikannya pengajaran untuk membuat perakuan yang wajar bagi kelakuan yang perlu dipatuhi untuk perhimpunan dan perarakan aman di masa akan datang.

Panel akan menyemak balik prosedur tetap operasi polis dalam mengawal orang ramai dan perhimpunan, dan dalam mengendalikan kekacauan dan rusuhan, berpandukan amalan terbaik dan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selain itu badan penyiasat itu dikehendaki melihat contoh terbaik amalan dalam masyarakat demokratik yang matang dan juga amalan sosio politik pelbagai latar belakang, untuk membuat perakuan yang sesuai jika perlu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan