Lima Mangsa Pemerdagangan Orang Dibenarkan Tinggal & Bekerja Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lima mangsa pemerdagangan orang warga India dibenarkan untuk tinggal dan bekerja di negara ini selepas mendapat persetujuan daripada Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata mereka adalah kumpulan kedua selepas kumpulan pertama seramai 32 warga Bangladesh yang telah bekerja sejak 7 Mac lepas.

"Kesemua mereka merupakan bekas mangsa pemerdagangan orang bagi kategori kes-kes eksploitasi buruh di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Abdul Rahim berkata inisiatif itu berjaya dilaksanakan menerusi kerjasama serta penglibatan pelbagai kementerian serta agensi, badan bukan kerajaan seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), parti MIC, Coalition to Abolish Modern Day Slavery (CAMSA) dan perwakilan diplomatik asing.

Kerjasama itu juga, katanya merupakan elemen kritikal dalam usaha negara untuk meningkatkan tahap perkhidmatan daripada aspek perlindungan berlandaskan 'pendekatan bertumpu pada mangsa' kepada mangsa-mangsa pemerdagangan orang.

"Elemen itu juga merupakan salah satu komponen yang dititikberatkan di peringkat antarabangsa selain daripada matlamat utama untuk membawa pesalah jenayah tersebut ke muka pengadilan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan