KKLW Bina 2,000KM Jalan Luar Bandar Sehingga Kini - Shafie

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yakin mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membina jalan raya sepanjang 3,000km di kawasan luar bandar menjelang hujung tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaan kementerian membina jalan raya sepanjang 2,000 kilometer sehingga ini yang melepasi jadual sasaran awal.

"Kita berhasrat memastikan semua rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar dihubungkan dengan pelbagai rangkaian jalan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Pemakanan Sihat dan Program Mesra Rakyat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Langat di Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung di sini Isnin.

Beliau berkata kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak banyak menerima peruntukan bagi tujuan pembinaan jalan raya.

Mohd Shafie berkata sasaran untuk membina sebanyak 50,000 buah rumah bagi golongan miskin di seluruh negara juga hampir mencapai sasaran.

Setakat ini, katanya, sebanyak 39,000 buah rumah telah siap dibina dan sedia untuk diduduki oleh golongan tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Shafie mengumumkan peruntukan kira-kira RM2.8 juta untuk digunakan bagi tujuan pembangunan di sekitar kawasan Kuala Langat.

Daripada jumlah itu, RM40,000 akan digunakan untuk melaksanakan Program Bantuan Rumah, membina jalan perhubungan desa di kawasan Sijangkang (RM200,000), Jalan Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung (RM100,000) dan RM2.5 juta untuk projek bekalan air di daerah Kuala Langat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan