Kes Penculikan Turun Disebabkan Usaha Berkesan Polis - Mohd Bakri

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis pada Isnin menolak tanggapan bahawa kes penculikan di negara ini semakin meningkat tetapi sebenarnya trend menurun disebabkan usaha berkesan bagi mengesan dan melumpuhkan sindiket penculikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika memperjelaskan pencapaian itu berkata polis telah berjaya menyelesaikan 59 daripada 80 kes penculikan antara 2010 sehinga 15 Mei lalu manakala baki 21 kes masih dalam siasatan.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata 61 mangsa telah selamat dikembalikan ke pangkuan keluarga masing-masing sama ada selepas wang tebusan dibayar atau hasil intervensi polis.

Mohd Bakri mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengulas surat seorang pembaca bertajuk 'What about the fate of Mohamad Afis' (Bagaimana pula nasib Mohamad Afis) yang disiarkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris pada 21 Mei lalu.

Beliau berkata surat itu mengandungi bebeberapa ketidaktepatan yang boleh mendorong pembaca untuk membuat kesimpulan bahawa kes penculikan semakin meningkat dan pelajar sekolah antarabangsa menjadi sasaran penculik.

Menurutnya hanya satu kes pelajar sekolah antarabangsa diculik dilaporkan dan oleh itu ia adalah tidak tepat bagi penulis menyatakan bahawa ia telah menjadi trend bagi penculik mensasarkan mangsa di sekolah antarabangsa.

Mengenai kes Mohamad Afis Mohammad Jaafar yang dibangkitkan oleh penulis itu, Mohd Bakri berkata siasatan mendapati budak berusia 14 tahun itu meninggalkan rumahnya atas kerelaannya sendiri dan bukan menjadi mangsa jenayah.

Mohamad Afis, yang dilaporkan hilang pada 16 Mei lalu di Kampung Tok Pasai, Kuala Kedah di Kedah, telah pun pulang ke rumahnya.

Mohd Bakri menegaskan bahawa polis tidak memilih ketika menyiasat kes culik untuk tebusan dan akan memberi kepentingan sama tanpa mengira status mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan