Kerajaan Pantau Prestasi MAS

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah berkata kementeriannya akan memantau prestasi Malaysia Airlines (MAS) selepas menerima kertas cadangan bagi membaik pulih syarikat penerbangan itu.

Beliau berkata kertas cadangan itu mengandungi langkah-langkah yang akan diambil untuk menyelamatkan MAS dari kerugian berterusan.

Katanya, perkara itu merupakan hasil perbincangan di antara kementeriannya dengan pengurusan tertinggi syarikat penerbangan itu, baru-baru ini.

"Kami mahu tahu persiapan mereka bagi unjuran lima tahun akan datang. Kami mahu mengkaji dengan teliti rancangan mereka untuk lima tahun ini. Yang kedua, kami mahu mengetahui rancangan masa depan mereka.

"Kami telah berbincang dengan mereka dan mereka akan menghantar perincian agar kami boleh perkembangannya dengan ketat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kedai Rakyat Spring Bandar, Kampung Tengku Hussien, Manjoi di sini, Ahad.

Tambahnya lagi, langkah itu perlu bagi menyelamatkan MAS yang sebelum ini memutuskan tidak akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

"Justeru itu, sebaik sahaja menerima cadangan itu, pemantauan rapi perlu dilaksanakan segera bagi memastikan ianya menepati sasaran agar MAS keluar daripada masalah kerugian," katanya.

Selain itu, katanya kerajaan juga telah menubuhkan sebuah badan khas di Kementerian Kewangan bagi memantau perkembangan syarikat penerbangan tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan