Kenyataan Azizan Bukti Tiada Tender Terbuka Bagi Empat Projek Di Kedah - Pemuda Gerakan

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kenyataan Pemuda Gerakan Kedah mengenai empat projek bernilai hampir RM37 bilion tidak dibuat secara tender terbuka adalah berdasarkan kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sendiri.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata Azizan sebelum ini dilapor media sebagai mengaku kerajaan negeri tidak mempunyai wang untuk membuat tawaran tender terbuka.

"Menteri Besar sendiri mengaku, jadi tidak perlu kami buktikan," katanya pada sidang media, di sini Isnin.

Tan mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali yang menuduh pergerakan itu membuat fitnah dan cuba mengelirukan masyarakat Kedah apabila mendakwa kerajaan Kedah pimpinan PAS cuba menyorokkan sesuatu berhubung empat projek terbabit.

Mengulas lanjut, Tan berkata Azmin sepatutnya meneliti kenyataan yang dibuat Azizan sebelum menuduh Pemuda Gerakan Kedah membuat fitnah.

Azizan sebelum ini didesak menjelaskan beberapa isu berhubung empat projek terbabit termasuk Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) bernilai RM36 bilion yang masih tergendala apabila pemaju dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Tiga lagi projek yang menjadi isu ialah pembinaan pusat membeli belah Aman Central bernilai RM500 juta, projek kediaman Amansuri Residences (RM109 juta) dan pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan negeri, di Kuala Ketil yang menelan belanja RM330 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan