Cadangan Teruskan Himpunan Jutaan Belia Ke Kabinet

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar penganjuran Himpunan Jutaan Belia diteruskan di sini tahun depan, bagi menyerlahkan kesepakatan golongan muda melaksanakan aktiviti kreativiti mereka.

Ahmad Shabery berkata beliau sangat berpuas hati dengan sambutan hari belia tahun ini dan menganggap tiada kota besar lain sebaik Putrajaya, yang merupakan bandar mesra belia, dapat menganjurkan Himpunan Jutaan Belia seumpamanya.

"Kita percaya penganjuran karnival ini akan membangkitkan semangat golongan muda dan cinta pada Putrajaya sekaligusmeneruskan kejayaan negara yang ada sekarang," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat media di sini.

Ahmad Shabery berkata penganjuran Himpunan Jutaan Belia, yang diadakan sempena Hari Belia Negara, turut disertai pelancong antaranya dari Thailand, Singapura dan Jepun yang turut terlibat dalam program-program yang diadakan.

Beliau berkata daripada 500 aktiviti yang diadakan sepanjang lima hari karnival itu, hampir keseluruhan kejayaan penganjurannya adalah hasil daripada kreativiti golongan muda.

"Negara kita belum ada karnival sebesar Himpunan Jutaan Belia dan pasti penganjuran ini menjadi ingatan orang. Perhimpunan kali ini jauh lebih meriah dan unik cara sambutannya. Himpunan kali ini adalah karnival terbesar negara dengan pelbagai kreativiti mereka," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan