Beri BR1M Sekali Lagi - Dr Chua

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggesa kerajaan memberikan sekali lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Presiden MCA ini berkata memberi bantuan RM500 kepada yang memerlukan bukanlah satu langkah memancing undi.

"Kita tidak boleh menafikan masih terdapat inflasi. Tetapi di sebalik keadaan ekonomi global, Malaysia mencatatkan pertumbuhan dari segi hasil seperti yang dilaporkan oleh Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

"Oleh itu kerajaan mampu untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah," katanya selepas mengadakan dialog dengan NGO India dan Melayu di Wangsa Maju di sini, Ahad.

Dr Chua menafikan langkah ini sebagai langkah populis, sambil menyatakan ia langkah mapan kerajaan, tidak seperti dasar air percuma oleh kerajaan negeri Selangor.

"Mula-mula mereka memberi air percuma kepada rakyat yang jelas membuatkan orang sangat gembira.

"Dan kini mereka mungkin menghadapi kekurangan air dalam tempoh setahun lebih, inilah masalah yang sebenar," katanya, merujuk kepada kemungkinan krisis air menjelang 2014 akibat masalah dalam rundingan antara kerajaan Persekutuan dan Negeri ke atas pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Beliau juga berkata cadangan BR1M yang kedua, yang sebelum ini telah diberikan kepada kira-kira 150,000 orang di seluruh negara setakat ini, bukan untuk meraih undi dalam pilihan raya umum.

"Ini adalah satu usaha ikhlas oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Setiap hari kami berikan subsidi Subsidi berbilion-bilion. BR1M bernilai hampir RM2.6 bilion, jadi tidak benar pusingan kedua bantuan adalah cubaan memancing undi," katanya.

Beliau berkata bantuan perlu diberi pada akhir tahun apabila perbelanjaan isi rumah biasanya meningkat.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan