Ahmad Shabery Persoal Niat Dua Pemimpin PKR Lawat Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan niat dua pemimpin pembangkang pada Isnin yang melawat mangsa kemalangan pada perlumbaan drag yang dianjurkan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Beliau tertanya-tanya sekiranya ia hanya bertujuan cuba meraih populariti politik daripada kes kemalangan itu.

"Cuma kalau dibuat dengan tujuan politik untuk menunjukkan himpunan ini tak bagus misalnya, rakyat akan tahulah.

"Kalau dia benar-benar ikhlas sepatutnya dia turut melawat polis dan wartawan yang cedera akibat dipukul peserta perhimpunan Bersih baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Terdahulu, dua naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dan N. Surendran melawat mangsa kemalangan itu di Hospital Putrajaya, dan meminta penyiasatan penuh dijalankan dan sedia menawarkan bantuan guaman kepada mangsa sekiranya diperlukan.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam semalam di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 di sini, seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena himpunan itu cedera, termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Tiga mangsa yang masih dirawat di hospital itu ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, Ami Nakim, 27, dan Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, manakala seorang lagi telah dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.

Ahmad Shabery berkata pihaknya bersedia mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam penganjur perlumbaan itu sekiranya mereka didapati bersalah dalam hal itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan