Agenda Pendidikan Bukan Hanya Untuk Sekolah & Guru - Raja Nazrin

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tanggungjawab melaksanakan agenda pendidikan yang lebih holistik tidak lagi wajar diletakkan sepenuhnya kepada sekolah dan seratus peratus di bahu guru, titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda bertitah penyertaan umum perlu dalam melaksananakan agenda pendidikan yang merangkumi komponen pembangunan insan secara lahiriah dan rohaniah.

"Tanggungjawab pendidikan tidak akan lengkap dan sempurna jika sepenuh tanggung jawab diletakkan kepada sekolah dan guru.

"Ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pelbagai institusi lain, sama-sama mempunyai tanggungjawab dan wajib melengkapkan tugas guru dan sekolah," titah baginda ketika merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-39 di sini, Isnin.

Sehubungan itu, baginda menggalakkan penyertaan semua pihak dalam program Dialog Nasional Pendidikan Negara yang sedang berlangsung ketika ini.

Program dialog ini bersifat inklusif dengan menggalakkan penyertaan umum, dan ia merupakan langkah bijak selaras dengan semangat yang disuarakan Perdana Menteri bahawa 'Era Kerajaan Mengetahui Semua' telah berlalu, titah baginda.

"Dialog ini dilaporkan bertujuan mendapatkan maklum balas untuk membantu usaha negara merangka program pendidikan yang lebih berupaya memenuhi keperluan generasi muda," titah baginda.

Oleh yang demikian, penyertaan umum, terutama generasi muda, amat penting untuk membolehkan kerajaan mendapat,maklum balas yang luas dan relevan.

"Perkara yang dirumuskan (dalam dialog itu) akan menentukan rupa bentuk negara bangsa di masa hadapan," titah baginda.

Menurut baginda agenda pendidikan negara adalah agenda yang melibatkan pelaburan utama untuk membangunkan modal insan dan adalah penting ia dirumus secara objektif.

"Dalam hasrat mahu melaksanakan penambahbaikan, perlu ada kekuatan untuk mengakui wujudnya kelemahan, perlu ada sifat bersedia mengakui kesilapan sendiri dan perlu ada sifat tidak meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

"Perlu ada sifat kolektif mengambil tanggung jawab secara bersama, perlu ada semangat bersedia memikul beban secara bersama, perlu ada keterbukaan minda untuk menerima teguran secara positif dan perlu ada fleksibiliti untuk melakukan penghijrahan paradigma," titah baginda.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan