Seorang Lagi Penumpang Bas Jatuh Gaung Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Seorang lagi penumpang bas yang membawa 44 jemaah Tabligh warga Myanmar yang terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Jalan Tun Sardon di sini Jumaat lalu meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata berkata Soe Myint, 26, meninggal pada pukul 9.50 malam di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke HPP pada malam Jumaat iaitu selepas kemalangan berkenaan dan meninggal dunia malam tadi," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata sehingga hari ini, 12 mangsa termasuk dua yang parah masih di rawat di HPP manakala bakinya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

"Pemandu bas terbabit masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di HPP dan kita akan mengambil keterangan selepas dia sedar," katanya.

Hatta berkata siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Punca kemalangan hanya akan diketahui selepas bas terbabit dikeluarkan dari gaung dan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, bas tersebut sedang membawa kumpulan jemaah berkenaan ke Masjid Daerah Barat Daya, Sungai Rusa untuk program ijtimak yang diadakan selama tiga hari mulai semalam sebelum dilaporkan hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik serta terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Bumbung bas tercabut hingga menyebabkan beberapa penumpangnya tercampak keluar. Seorang daripada mereka dikenali sebagai Abdul Jatba, 47, maut selepas dipercayai dihempap bas hingga tangan kanannya putus.

Siasatan juga mendapati bas berkenaan tidak mempunyai cukai jalan sejak tiga bulan lepas manakala pemandu bas terbabit mempunyai lima rekod kesalahan trafik. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan