Semua Calon Layak Jadi MB - Ahmad Bashah - Berita Semasa | mStar

Semua Calon Layak Jadi MB - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Semua calon Umno yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang layak menjadi Menteri Besar, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bakar Bata itu berkata, calon Menteri Besar akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelah Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah.

"Yang penting sekarang ialah fokus dan bekerja keras untuk menang...lepas itu kita lihat siapa lebih layak (jadi Menteri Besar)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus ketua unit PRU-13 Parlimen Alor Setar di sini Ahad.

Ahmad Bashah berkata, spekulasi bahawa timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bakal menjadi Menteri Besar Kedah dan akan bertanding kerusi DUN pada PRU-13 sengaja ditimbulkan oleh pihak luar bertujuan memecah-belahkan Umno negeri.

"Umno tidak perlu tonjolkan sesiapa untuk jadi Menteri Besar kerana calon yang bakal bertanding pun tidak dihebohkan," katanya sambil meminta semua media elektronik, cetak termasuk blog segera menghentikan spekulasi tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan