PM Gesa Belia Negara Undi BN Demi Masa Depan

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini," katanya.

Katanya, beliau percaya belia Malaysia akan menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.

"Kita mesti tahu bagaimana untuk memisahkan antara intan dan kaca dalam membuat keputusan yang boleh menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini.

"Selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara kita ke hadapan, bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12.

"Belia telah memberikan sokongan dan kepercayaan mereka kepada kerajaan yang sama untuk membawa perubahan kepada negara kita," kata Najib ketika bertemu belia yang berkumpul di Himpunan Jutaan Belia di sini, Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu termasuk isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menteri kabinet yang lain.

Mengenai perhimpunan, yang akan berakhir pada Ahad, beliau mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan yang sama-sama menjayakan program menarik yang berlangsung selama lima hari secara besar-besaran, dan menarik pengunjung dari pelbagai negeri.

Ramai belia memakai baju-T perhimpunan atau "I Love PM '.

"Isteri saya tidak akan cemburu dengan cinta yang anda tunjukkan kerana ia mewakili rasa hormat dan kasih sayang untuk pemimpin-pemimpin negara.

"Mengikut laporan yang diberi kepada saya dan dari apa yang saya lihat hari ini, perhimpunan ini telah mencapai sasaran mengumpulkan dua juta belia di Putrajaya.

"Putrajaya telah berjaya ditawan oleh belia," kata Najib dan mendapat sorakan bersemangat daripada orang ramai.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan