Peluang Muzakarah Dengan Umno Tidak Pernah Tertutup - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Umno dan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional sentiasa terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk parti lawan jika ia berkait rapat dengan kepentingan nasional, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.

Mengulas keputusan PAS yang dilapor membatal hasrat bermuzakarah dengan Umno, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan itu telah dijangka.

"Ini bukan perkara baru malah hasrat ini sudah banyak kali lahir sejak dari dahulu lagi. Ia dibuat untuk mengalih pandangan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan pasukan sorak sempena sambutan Hari Belia Negara di sini Sabtu.

Hishammuddin diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatal hasrat muzakarah PAS-Umno dengan alasan ia bertentangan dengan keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak langkah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan