Jadikan Kehancuran Negara Tertentu Sebagai Iktibar - Raja Perlis

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kehancuran beberapa negara tertentu yang berpunca daripada rakyatnya yang tidak bersatu padu sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat negara ini mengenai pentingnya perpaduan, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail.

Baginda bertitah kesan daripada itu, negara berkenaan bukan sahaja hancur malah rakyatnya hidup dalam penderitaan yang memilukan.

Bertitah merasmikan sambutan Minggu Perpaduan 2012 peringkat negeri di Simpang Empat dekat sini hari ini, baginda berharap perpaduan rakyat Malaysia yang unik terus dipelihara dengan sebaik mungkin.

"Malaysia dikenali di mata dunia kerana perpaduan rakyat yang berbilang kaum, kebudayaan dan agama dan keunikan itu menjadikan negara ini contoh dalam membina semangat perpaduan oleh negara lain," titah baginda.

Menurut baginda, perpaduan adalah tunjang utama setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Sehubungan itu, baginda berharap ibu bapa dapat menyemaikan semangat perpaduan dengan mengajar anak-anak mereka menghormati kepercayaan bangsa lain dan belajar menerima kepelbagaian kaum di negara ini.

"Janganlah menanam rasa perkauman, diskriminasi apatah lagi hasutan kerana merekalah yang akan mewarisi kemakmuran dan mempertahankan keamanan negara," titah baginda.

Pelbagai acara diadakan sepanjang Minggu Perpaduan bertemakan "Kesederhanaan dan Keakraban Asas Perpaduan" anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama kerajaan negeri yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-69 keputeraan Raja Perlis.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 11 Februari 2016 12:32 AM

"Saya Pentingkan Aurat Daripada Berlakon" - Mia Sara

Rabu, 10 Februari 2016 2:48 PM

Bangkai Paus 4 Tan Berjaya Ditunda

Isnin, 8 Februari 2016 8:56 AM

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA

Ahad, 7 Februari 2016 10:27 AM

Stadium Bola Sepak Moden Pertama Di Malaysia

Kolumnis

iklan

Iklan