Umno & PKR Salahkan Satu Sama Lain

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menuduh antara satu sama lain selepas ceramah yang diadakan kedua-dua parti yang hanya berjarak 100 meter bertukar menjadi insiden keganasan pada malam Khamis.

PKR menampilkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam ceramahnya.

Orang ramai yang hadir semasa ceramah di Pangsapuri Pantai Permai dilaporkan dilempar dengan batu, telur dan botol air.

Terdahulu, sekumpulan remaja dilihat mengangkat sepanduk anti-Anwar yang ditulis ayat seperti 'Anwar penyebab keganasan di negara ini'.

Nurul Izzah berkata, seorang lelaki dan kanak-kanak berusia 12 tahun cedera dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, polis sedang menyiasat insiden berkenaan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Beliau berkata, laporan polis mengenai insiden itu telah dibuat pada Jumaat.

Sementara itu, ceramah Umno menampilkan Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Dalam jelajah ceramahnya di seluruh negeri, Ummi Hafilda sering memilih untuk berceramah berhampiran dengan lokasi ceramah PKR, di mana Anwar menjadi penceramahnya.

Nurul Izzah berkata, Ketua Bahagian Umno, Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin harus dipersalahkan berhubung insiden itu kerana mengadakan ceramah berdekatan dengan lokasi PKR.

Kawasan Parlimen Lembah Pantai menjadi kerusi panas apabila Raja Nong Chik menyatakan kesediaan untuk merampas kerusi dari Nurul Izzah pada pilihan raya umum akan datang.

"Jika anda tidak bersetuju, jangan hadir ke ceramah kami. Namun anda tidak harus membiarkan insiden keganasan berlaku.

"Tindakan ini melampaui batas. Saya bimbang jika perkara ini akan berlarutan dan menjadi lebih buruk," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mengecam segala bentuk keganasan dan ugutan politik serta memandang serius perkara itu.

"Pada masa sama, beliau (Nurul Izzah) tidak boleh membuat kesimpulan terlalu awal. Mungkin terdapat provokasi terhadap kedua-dua pihak," kata Khairy.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan