Saman Terhadap Ambiga, Biar Mahkamah Putuskan - Nazri Aziz

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata hanya mahkamah boleh memutuskan sama ada saman kerajaan terhadap Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga mempunyai asas undang-undang ataupun tidak.

"Mengapa mereka (pembangkang) nak takut? Biarlah mahkamah yang tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ekspedisi berakit Sungai Perak sempena Tahun Melawat Malaysia, di sini Sabtu.

Beliau diminta mengulas kenyataan pembangkang yang dilapor portal berita Malaysiakini bahawa saman sivil kerajaan terhadap Ambiga dan sembilan lagi anggota jawatankuasa Bersih tiada asas undang-undang dan harus ditarik balik.

"Memanglah pembangkang rasa tak berasas kerana kerja dia melanggar undang-undang," kata Mohamed Nazri.

Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K.Arumugam, S.Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo kerana gagal mengawal perhimpunan yang dianjur pada 28 April lepas, sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

Kerajaan memohon ganti rugi khas berjumlah RM122,000 untuk kos pembaikan kenderaan polis, faedah, kos dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.

Sementara itu, mengulas mengenai bekas Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang kini membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes berkaitan perhimpunan 28 April itu, beliau berkata berkata Yusof bebas berbuat demikian selepas meletak jawatan pada Februari lepas.

"...saya difahamkan Anwar panggil dia (Yusof) kononnya untuk menguatkan kes dia (Anwar) (untuk) mempertahankan diri, tapi yang menentukan sama ada orang itu bersalah ataupun tidak, bukan peguam yang mewakili tapi hakim di mahkamah.

"Tapi saya tak nampak untungnya ambil Yusof ni sebagai peguam, kerana Yusof bukan pendakwa yang disegani, tak ada siapa kenal dia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan