Faktor Kesihatan Tidak Ditetapkan Sebagai Kriteria Calon PRU - Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Faktor kesihatan tidak akan dijadikan kriteria penting khusus dalam pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, katanya, calon yang terpilih perlu menjaga tahap kesihatan masing-masing dengan membuat pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa.

"Macam saya sendiri pun dah pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk buat semua pemeriksaan setiap tahun...sama juga ahli Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Lorong Seni sempena Himpunan Jutaan Belia di sini, Sabtu.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai isu tersebut memandangkan jumlah pilihan raya kecil yang tinggi yang terpaksa diadakan sejak pilihan raya umum pada 2008, kerana kematian wakil rakyat kerana pelbagai masalah kesihatan.

Sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN, yang membabitkan kos lebih RM11 juta.

Seramai 13 wakil rakyat meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru dalam tempoh itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan