Bukan Melayu Boleh Jadi PM Asalkan Beragama Islam - Nik Aziz

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Soal bangsa tidak perlu dipertikaikan untuk seseorang menjadi Perdana Menteri asalkan dia beragama Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Sabtu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata ini kerana perdana menteri akan mengetuai kerajaan dan memimpin umat Islam di negara ini.

"Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam, mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam. (Contohnya) negeri demokrasi, adakah (jawatan) diberi kepada komunis, negeri komunis pula adakah dia akan beri kepada orang demokrasi? Tak ada...negeri komunis maka (pemimpin) komunis yang pegang, negeri demokrasi maka demokrasi pegang.

"Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang, jadi bangsa apa pun tak peduli," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan di Markaz Dewan Ulama (MADU) Labok, di sini, Sabtu.

Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus berjuang bagi memastikan bukan Melayu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang yang menghalang orang bukan Melayu untuk memegang jawatan tersebut.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pula menyifatkan kenyataan Karpal itu pendapat peribadi dan yakin ia tidak menjejas sokongan kepada PAS.

"Cuma kita melihat dalam konteks semasa, orang Melayu Muslim (adalah) majoriti di negara ini, jadi kalau Karpal sebut mengenai bangsa, kita tak kisah tapi kalau bukan Muslim nak jadi Perdana Menteri, itu kita tolaklah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan