Ahli Patologi Terkemuka Pulang Berbakti Kepada Negara

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Presiden Royal College of Pathologists of Australasia (RCPA) kelahiran Malaysia, Professor Yee Khong akan mengetuai satu delegasi dianggotai ahli patologi terkemuka ke Kuala Lumpur, bulan depan.

Pemergian mereka adalah untuk melatih dan memberi sokongan kepada ahli patologi Malaysia serta membantu menambah baik ujian penggunaan patologi ke arah meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan.

Delegasi itu dianggotai ketua eksekutif RCPA Dr Debra Graves, naib presiden kanan RCPA, yang juga pengerusi RCPA Quality Assurance Program Pry Ltd Dr Peter Stewart dan pengerusi Lembaga Penapisan Dr Tony Landgren.

Mereka juga akan menghadiri mesyuarat saintifik tahunan Kolej Patologi Malaysia, yang bermula 8 Jun.

Sempena kunjungan mereka, delegasi Australia ini akan mengadakan bengkel tentang penggunaan mikrosopi maya dan memberi pendedahan tentang program RCPA.

Khong, yang berasal dari Kuala Lumpur, memberitahu beliau gembira kerana dapat pulang ke Malaysia secara rasmi berkaitan tugasnya.

Beliau pernah menuntut di Victoria Institution, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran peringkat menengah dan mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Britain.

Khong menerima anugerah berprestij Eleanor Roosevelt Fellowship daripada American Cancer Society untuk bercuti selama setahun daripada pengajian di Oxford bagi menjalankan kajian lanjutan di Melbourne, Australia.

Tidak lama selepas kembali ke Oxford, beliau berpindah ke Adelaide, Australia dan kini bertugas di Hospital Wanita dan Kanak-kanak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan