Tuntutan Cuepacs Juga Sesuai Untuk Swasta - MTUC

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengusulkan beberapa cadangan seperti yang dikemukakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terhadap penjawat awam wanita di negara ini.

Presidennya, Mohd Khalid Atan bagaimanapun berkata, cadangan itu akan dilaksanakan sekiranya ia bersesuaian dilaksanakan di peringkat swasta.

"Kita akan usul kemudian jika sesuai. Buat masa ini, tuntutan berkenaan hanyalah cadangan Cuepacs semata-mata untuk dipertimbangkan kerajaan...ia belum pun diluluskan.

"Bagi saya cadangan itu tidak salah kerana ia dilakukan untuk memperbaiki kemudahan kepada kakitangan awam wanita yang harus diperjuangkan," katanya kepada mStar Online, Jumaat.

Pada Khamis, Cuepacs mengesyorkan kepada kerajaan agar penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hopsital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.

Kongres itu turut mencadangkan kemudahan bersalin di wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak keempat dan seterusnya selain memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun bagi urusan kecemasan keluarga terdekat.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, cadangan itu bertujuan untuk menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam.

Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang akan ditubuhkan nanti.

Dalam hubungan ini, Mohd Khalid turut memberitahu MTUC pernah mengemukakan tuntutan hampir kurang sama dengan apa yang dicadangkan Cuepacs 10 tahun lalu iaitu meminta cuti bersalin selama 90 hari bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh kepada kakitangan swasta.

Namun, katanya, cadangan itu masih belum mendapat maklum balas daripada majikan.

"Kita akan terus perjuangkan susulan cadangan terbaru Cuepacs itu. Kita mahu pekerja wanita di syarikat swasta mendapat faedah serupa seperti yang diperolehi kakitangan awam.

"Namun, kita tidak kemukakan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan kerana kakitangan swasta hanya ada cuti tahunan sahaja," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyambut baik cadangan tersebut dan berharap agar kerajaan dapat melihat perkara itu dengan lebih luas dan praktikal.

"Saya mengalu-alukan tindakan itu. Tidak salah menyarankan sesuatu cadangan demi menjaga hak dan kepentingan pekerja wanita di negara ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan